Hangat menjadi bualan netizen apabila satu video di twitter yang memaparkan seorang influencer dan juga usahawan bercakap kasar dengan seorang warga emas.
Video tular berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh Carl di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam. Namun, video tersebut sempat dikongsikan oleh netizen di laman Twitter.
Malah, video berkenaan turut dikongsikan oleh seorang infleuncer dikenali sebagai jofliam yang terkilan dengan tindakan biiadap lelaki berkenaan.
Tidak hanya setakat itu, jofliam turut memuat naik video mendedahkan berapa wang diterima oleh pakcik berkenaan selepas dimaIlukan di khalayak ramai.
Difahamkan, menerusi video dikongsikan itu influencer itu dikatakan bertanya sesuatu kepada para hadirin namun tiada siapa yang menjawab soalan.
Namun, disebabkan pakcik tersebut tampil kehadapan influencer berkenaan telah memberikan RM50 disebabkan keberaniannya.
Bagaimanapun, tindakan influencer itu dikecam oleh netizen yang menyifatkan apa yang dilakukannya tidak wajar kerana dia sepatutnya menghormati warga emas itu seperti bapanya dan bukan seperti ‘adik-adik’.
Melihar diruangan komen,rata-rata netizen bengang dengan tindakan biiadap yang dilakukan oleh influencer tersebut terhadap warga tua yang sepatutnya dihormati itu.
Setakat ini masih belum ada penjelasan lanjut daripada influencer berkenaan berhubung video tular itu.
Sumber : Gulapop