Header Ads

Wawa Zainal teruja selepas tujuh tahun anak mula tunjuk minat makan ayam

 


PELAKON Wawa Zainal berkongsi keterujaannya kepada netizen apabila anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar berselera saat pertama kali menjamah makanan berasaskan ayam.


Jelas Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin,29, selama tujuh tahun anaknya tidak pernah menunjukkan minat atau jauh sekali mahu menjamah menu daging ayam.


“Alhamdulillah, selepas tujuh tahun, Attar dah pandai makan ayam.


“Masak ayam kari dan kebetulan dia (Attar) ada di dapur. Dia cakap bau sedap dan nak cuba rasa.


“Akhirnya dia pun cuba rasa ayam kari…sedap katanya dan minta suruh masak lagi.


“Jadi, hari ini masakan lagi ayam untuk Attar dan dia sukakannya!,” katanya.


Menurut Wawa, sebelum ini Attar tidak makan masakan berasaskan ayam dan hanya mahu makan nasi bersama sup kosong saja.


Dalam pada itu, Wawa berkata anaknya itu juga tidak makan sayur langsung dan berharap selepas ini boleh mencuba untuk makan sayur pula.


“Buah-buahan makan tapi sayur langsung tak nak. Harapnya, lepas ini makan sayur pula. Baru dia tahu betapa nikmat dan lazatnya daging ayam,” ujarnya.


SUMBER  UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.