Empat pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mhkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduuhan sengaja mendatangkan kecedeeraan ke atas seorang lelaki yang juga seorang bomoh, awal bulan lalu.
Tertuuduh, Mohd Shamsul Izwan Midin, 33; Idrees Ishak, 42; Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.
Mengikut kertas pertuduuhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecedeeraan ke atas Ahmad Shahrill 'Ariff Zainol, 39, di sebuah inap desa Al Quds Jalan Taqwa, Kampung Huda di sini, jam 4 pagi, pada 5 Ogos 2021.
Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Sesyen 323 Kanun Kesekksaan yang memperuntukkan hukuuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalIahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam bela Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.
Mhkamah menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan semua tertuduuh diikat jamin RM3,000 seorang serta masing-masing dengan seorang penjamin.
Akhbar sebelum ini melaporkan polis menerima laporan membabitkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukuul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan' dan santau yang tular di media sosial awal bulan ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mngsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional.
Sumber : Harian Metro