Header Ads

Anak-anak apa khabar?” – Ismail Sabri ambil berat dengan apa yang berlaku kepada Shuib

 


Ramai yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada pelawak terkenal dan juga usahawan berjaya, Shuib diatas pemergian isterinya yang tercinta, Siti Sarah pada hari isnin yang lalu kerana C0VID-19.

“Anak-anak apa khabar?”

Itu pertanyaan khabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yassin Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, malam semalam.



Ismail yang juga merupakan bapa kepada penyanyi iaitu Dafi AF musim kelima, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelawak dan usahawan, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad.


“Saya ucap takziah dan harap awak bersabar ya… Kita hidup kena teruskan. Jadi kita berdoa sama-sama semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama para solehah di syurga.



“Kalau ada apa-apa yang perlu saya bantu beritahulah Dafi ya… InsyaAllah saya bantu,” akhirinya.


Terdahulu, penyanyi popular menerusi lagu Kesetiaan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, awal pagi Isnin lalu.


Sumber : Utusan Online


No comments:

Powered by Blogger.