Penyanyi rap dan aktivis sensasi, Caprice, 33, dimasukkan ke sebuah hospital di Mesir, malam tadi selepas dia mengalami demam dan seraangan panik.
"Dos kedua lain macam... InsyaAllah, selepas sehari mungkin kita akan balik. Demam tambah seraangan panik. Nasib baik jururawat-jururawat dekat sini masyaAllah," tulisnya menerusi hantaran dibuat di Instagram.
Menerusi perkongsian berkenaan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan dia kurang sihat selepas menerima suntikan dos kedua vaksiin C0vid-19 dan turut menerima bantuan oksigen.
Bagaimanapun keadaannya tidak membimbangkan dan dia akan meneruskan misi amalnya semula dalam beberapa hari lagi selepas sembuh.
Menerusi perkongsian di Instagram Story itu juga, Caprice memuat naik video memaparkan lengannya dimasukkan air serta kesan pengambilan daarah.
Dengan perkongsian terbaharu mengenai keadaan kesihatannya itu, ia mendapat lebih 430,000 tanda suka daripada warganet yang terus menyokong semangat Caprice.
Pelbagai reaksi positif dikongsi warganet yang begitu prihatin dengan perkembangan kesihatan Caprice, selain mendoakan dia cepat sembuh.
Sumber : Harian Metro