Chef Zam Mohon Pencerahan MKN, Kecewa Tidak Dibenar Masuk Ziarah Kubur Ibu

Anonymous
0

 


Baru-baru ini heboh di media sosial apabila viral gambar perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang dikatakan telah menziarahi kubur ibubapanya di Pahang. Namun perkara ini telah mendapat perhatian dari MKN, dan ketua pengarah MKN juga memberikan penerangan bahawa tiada SOP khusus mengenai ziarah kubur di luar waktu perayaan.


Sehubungan dengan itu, Chef selebriti, Chef Zam telah membuat satu perkongsian di laman instagramnya mengatakan dia dikatakan tidak dibenar masuk ke tanah perkuburan yang menempatkan pusara ibunya di Kota Damansara.


“Saya ingin memohon pencerahan dari @mkn_rasmi (Majlis Keselamatan Negara) @mkn_selangor @pjcitycouncil @mais_officialhq mengenai kebenaran menziarah kubur di Kota Damansara.


“Kenapa masih tak dibenarkan oleh @pjcitycouncil sedangkan DS @ismailsabri60 dah mulakan langkah beberapa hari lalu.


“Malah arahan jelas dari Ketua Pengarah @mkn_rasmi sudah dipaparkan di @hmetromy, @kosmo_online dan a few other news outlets?” tulis Chef Zam.


Menerusi penulisannya di laman sosial tersebut, Chef Zam berkata dia sudah berulang kali bertanya pihak berkuasa tempatan dan MKN melalui laman sosial. Malah telah membuat panggilan telefon berhubung isu namun tidak memperolehi jawapan.


“Mereka hanya berkata ianya adalah arahan pihak atasan. Apakah kekangannya dan pihak atasan yang mana satu ni?


“Saya baru saja balik dari mencuba nasib untuk menziarahi kubur arwah ibu di Sesyen 9 Kota Damansara namun masih tidak dibenarkan masuk.


“Katanya atas arahan Majlis Agama Islam Selangor kerana kawasan ini masih berada pada fasa satu (Pelan Pemulihan Negara).


Beliau dikatakan kecewa dengan pengurusan tanah perkuburan yang seolah-olah tidak mematuhi arahan MKN dan membuat undang-undang sendiri.


Jelasnya, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa agama dan MKN memberikan info yang berlainan di laman media. Tutur Chef Zam, tindakan itu menyebabkan rakyat keliru.



Sumber: Instagram @chef_zam

Artikel dipetik dari sinar harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top