Genap seminggu jadi PM, Ismail Sabri ambil masa pulang ke kampung halaman, ziarah pusara ayah bonda

Anonymous
0

 


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Temerloh, Pahang, genap seminggu selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Beliau tiba di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh jam 11.30 pagi tadi.

Ismail Sabri menziarahi pusara kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat.



Hadir sama bersama beliau adalah Imam Hashim Jaya, Kadi Temerloh, Abdul Aziz Abdul Karim, Che Po Che Mamat dan Abdul Manaf Yaakob.

Berikut adalah beberapa respon dari netizen




Artikel menarik lain : Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda


Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Nazri menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

“Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga berkata keputusan ini dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan yang mana kepimpinan kerajaan dibarisi pemimpin muda.

“Ini masa yang sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda.

“Jadi ia juga perlu dibuat di peringkat akar umbi.

“Saya mahu pemimpin muda akan mengisi kekosongan saya,” katanya lagi.

Nazri merupakan pemimpin UMNO yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan yang dibuatnya.

Sumber : ASTR0 AWANl

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top