Header Ads

Iqbal Zulkefli Tunjuk Bukti Mesej DSV Buat Ujian Kesuburan

 


Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik iaitu Iqbal Zulkifli mendedahkan mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Vida.


Iqbal turut mendedahkan dia dan Vida hampir berkahwin pada tahun 2018 dan sudah pun bertemu keluarga serta membuat ujian kesuburan.


Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut, Iqbal turut memuat naik mesej perbualannya dengan Vida mengenai hubungan mereka namun tidak dapat meneruskan demi menjaga hati banyak pihak.


Dalam pada itu, Iqbal turut berkongsikan mesejnya dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang memberi nasihat kepadanya mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan Vida.


Terdahulu, Vida berkata dia tidak terfikir lagi untuk berkahwin lagi buat masa ini dan andai bertemu jodoh dia mahu bakal suami yang setaraf dengannya.


Vida memberitahu perkara itu selepas kecoh di media sosial kononnya dia bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya itu.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.