Header Ads

Kerugian bersih suku kedua 2021 Pos Malaysia meningkat RM121 juta

 


Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat kepada RM121.84 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2021, daripada RM19.02 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.


Hasil jatuh kepada RM533.89 juta daripada RM606.08 juta sebelumnya.



Pos Malaysia berkata, prestasi lemah itu adalah disebabkan hasil rendah dalam segmen pos yang turun sebanyak sembilan peratus berikutan kemerosotan perkhidmatan pos disebabkan oleh pengurangan kuantiti surat dan kiriman bungkusan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan kontrak.


“Selain daripada hasil rendah, kerugian tinggi yang dicatatkan segmen pos adalah disebabkan rosot nilai hartanah, kilang dan peralatan serta kos tinggi penghantaran dan pengangkutan yang ditanggung,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pada Isnin.



Bagi tempoh enam bulan yang berakhir 30 Jun, 2021, kerugian bersih Pos Malaysia melebar kepada RM168.63 juta daripada RM68.24 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu manakala hasil turun kepada RM1.13 bilion daripada RM1.16 bilion.


Mengenai prospek masa depan, syarikat itu berkata menjangkakan prestasi operasi yang mencabar bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Disember, 2021 di samping terus mengambil pendekatan yang sesuai bagi memastikan prospek jangka terdekat terus stabil. 


Sumber : - Bernama

No comments:

Powered by Blogger.