Header Ads

Saya kecewa kabinet diisi orang sama,pandai bercakap, kata Tun Mahathir

 


Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menganggap susunan kabinet Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan pagi tadi sebagai mengecewakan.


Katanya sesetengah menteri terbabit adalah orang yang dianggap gagal semasa berkhidmat di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.


Malah kata Mahathir ada antara menteri yang dipilih Ismail Sabri itu - seperti Shahidan Kassim - dirasakan hanya pandai bercakap berbanding melakukan tugas sebagai menteri.


Ahli parlimen sebegitu menurut Mahathir juga kelihatan tidak berminat untuk mengawal dan mengurangkan penularan wabaak C0vid-19 sebaliknya lebih banyak bercakap mengenai politik, termasuk bagaimana menjalin kerjasama dengan parti lawan.



"Semuanya politik, (isu-isu) berkenaan masalah rakyat yang mendeerita, yang maati begitu ramai, tak nampak satu pun tindakan diambil atau diberi perhatian oleh mereka.


"Saya kecewalah dengan kerajaan ini kerana tak ada perubahan selain daripada (seperti) di bawah Muhyiddin dulu," katanya.


Bekas perdana menteri itu ditanya mengenai pandangannya berkenaan pembentukan kabinet yang diumum Naib Presiden Umno berkenaan jam 11 pagi tadi.



Selain Ismail Sabri ada 30 ahli parlimen dan senator dipilih menganggotai kabinet dalam kerajaan yang dibentuk selepas Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.


Kebanyakan menteri terbabit adalah orang yang sama dipilih Muhyiddin, manakala sebahagian 'muka baru' yang dibawa masuk pula ialah ahli parlimen yang pernah menjadi menteri pada zaman BN dulu.


Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, Perlis, dilantik mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Annuar Musa (Ketereh) yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan 34 orang lain untuk menjadi timbalan menteri.

Sumber : MalaysiaKini

No comments:

Powered by Blogger.