Disebabkan satu hantarannya di instagram miliknya baru-baru ini, selebriti terkenal Nora Danish telah dikecam netizen kerana menayangkan bahagian punggungnya untuk tatapan umum.
Hantaran yang dibuat itu memaparkan pelakon cantik berusia 39 tahun itu berkongsi sekeping gambar dari arah belakang sambil memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.
“Ghost buster (memburu hantu),” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Gara-gara perkongsian foto tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah ditegur dan dikecam pengikutnya dalam Instagram.
Rata-rata berpendapat seharusnya Nora tidak berkongsi gambar sedemikian kerana dilihat kurang manis lebih-lebih lagi statusnya sebagai isteri dan juga ibu.
“Tunjuk dekat suami sudahlah,” kata seorang pengikutnya.
“Macam kurang sesuai rasanya. Maaf menegur,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.
“Seelok-eloknya akak dah berumur cukup-cukuplah tayang aurat. Dah tenat dunia ini,” komen seorang lagi netizen.
Setakat ini, perkongsian gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 59,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sumber : – K! ONLINE