Header Ads

Kes remaja ‘hilang dara’ di Kelantan meningkat ketika PKP dilaksanakan

 



Percintaan pasangan remaja bawah umur yang membawa kepada kes rogool di negeri ini meningkat enam peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 65 kes rogool bawah umur dilaporkan dalam tempoh itu tahun ini berbanding 54 kes tahun lalu, dengan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun manakala pelaku 16 hingga 31 tahun.


Menurutnya, majoriti kes dilaporkan itu membabitkan remaja perempuan di bangku sekolah atas dasar suka sama suka, saling mengenali sama ada berjiran, rakan sekolah atau berkenalan menerusi media sosial.


“Mereka berhubungan intiim dengan kerelaan sendiri namun disebabkan maangsa bawah umur, pelaku tidak dapat lari daripada penguatkuasaan Sesyen 376 Kanun Kesekksaan apabila aduan dibuat ibu bapa maangsa.





“Hasil siasatan mendapati sepanjang PKP ini kebanyakan hubungan intiim berlaku di rumah, sama ada rumah maangsa atau rumah pelaku ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau tidur nyenyak pada waktu malam.


“Peningkatan kes ini mungkin kecil kerana hanya enam peratus, namun harus dianggap besar kerana ini pada umur itu bukan masanya untuk mereka terlanjur,” katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Jelawat, di sini hari ini.


Balai Polis Jelawat diketuai seorang Sarjan Mejar dibantu 15 anggota dan seorang pegawai awam sebelum ini berstatus pondok polis dan baru sahaja dinaik taraf kepada balai polis berkuat kuasa hari ini.



Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohammad Ismail Jamaluddin.


Shafien dalam pada itu menambah, kesemua suspek kes rogool bawah umur berjaya ditaangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan rata-rata mereka didapati tiada sebarang rekod jnayah lampau.


Katanya, ekoran gagal meIawan naafsu, pelaku berdepan masa depan yang gelap bersama-sama maangsa rogool itu sendiri.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Powered by Blogger.