King Coco 'lot of mix' sahkan sudah bercerai dengan suaminya

encik gotenks
0

 


Sudah lama tidak mendengar gossip dari influencer terkenal, King Coco. Namun baru-baru ini netizen dikejutkan dengan gosip kononnya King Coco sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

Perkara ini disahkan sendiri oleh King Coco menerusi hantaran terbarunya di media sosialnya.

Dedah King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, dia kini kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh mereka bercerai.

"Saya dah lama dah, no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya pun dah habis edah... Dah lama pun.

"Saya sekarang hidup dalam dunia saya tanpa sesiapa, tanpa kekasih atau suami," katanya menerusi hantaran video di Instagram.


Menurut video yang dimuat naik, King Coco memaklumkan bahawa dia tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadinya, namun dia terpaksa menjelaskannya.


Katanya lagi, sekarang ini dia hanya menjalani hidup sendiri tanpa teman lelaki ataupun suaminya.


Dalam pada itu, King Coco berharap bahawa penjelasan yang dia berikan itu menjawab buat mereka yang tertanya-tanya.

“Penjelasan untuk semua. Harap menepati apa yang perlu saya jelaskan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagi mengelakkan menerima sebarang pertanyaan, King Coco juga telah mematikan ruang komen Instagram miliknya.

Untuk rekod, King Coco dan Azrin Anas telah berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku lahir dari banyak daarah campuran dalam keluarga.

Sumber : REDAKSl


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top