Header Ads

Nam Ron sanggup tayang badan demi raih sejuta followers di media sosial

 


Pelakon terkenal Nam Rom mengejutkan peminat apabila menayang badan demi meraih sejuta pengikut dalam akaun Instagramnya.


Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, dipercayai memuat naik gambar berkenaan sebagai sindiran sinikal terhadap trend stesen televisyen yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat lakonan.


“Menyahut cabaran stesen televisyen dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut dalam media sosial.


“Road to 1 million followers (Menuju ke satu juta pengikut). Foto bogel penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” kata Nam Ron sinis.



Rata-rata peminat tidak mengambil serius tentang aksi ‘separuh bogel’ Nam Ron itu, sebaliknya ramai menyifatkannya sebagai bahan jenaka dan sindiran.


“Kelebihan lelaki, kami boleh tayang dada bogel dan tidak dikatakan lucah berbanding wanita,” tulisnya.


Setakat ini, Nam Ron yang juga pengarah filem One Two Jaga itu sudah menggenggam lima anugerah berprestij antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi filem Redha.


Pelakon yang sudah 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu setakat ini memiliki 107,000 pengikut dalam Instagram.



Sebelum ini, isu yang sama pernah dibangkitkan oleh rakannya yang juga seorang pelakon berkaliber, Amerul Affendi pada tahun lalu.


Amerul meluahkan kekesalan apabila menyedari stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut media sosial tidak mencecah angka 500,000 orang.


Selepas lantang bersuara tentang isu tersebut dan meluahkan kebimbangannya terhadap masa depan sebagai pelakon, jumlah pengikut Instagram Amerul menunjukkan peningkatan apabila kini dia memiliki 302,000 pengikut.


Sumber  – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.