Header Ads

Saya Rasa Lebih Bagus Tak Ada Ayah, Boleh Tidur Dengan Mama, Kata Cik B

 


Tidak bersetuju jika ibunya mahu berkahwin lagi, anak kepada jutawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak memerlukan insan bergelar bapa dalam kehidupannya.


Katanya lagi, selama ini ibunya banyak memainkan peranan sebagai bapa dan ketua keluarga sepanjang dia membesar serta lebih selesa jika tiada ayah.


“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.



“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama,” katanya.


Pernah memiliki dua bapa tiri sebelum ini, Cik B berkata dengan pengalaman dilalui sebelum ini dia berharap ibunya tidak bertemu jodoh lain.



“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.


“Dengan usia mama sekarang, saya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah,” katanya.


Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.