Header Ads

Makhluk asing punca gangguan perkhidmatan Facebook, Whatsapp dan Instagram pada isnin lalu, kata pakar

 


Seorang ahli psikik dari Britain, Uri Geller mendakwa bahawa gangguan seluruh dunia yang berlaku pada perkhidmatan media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp Isnin lalu adalah berpunca daripada perbuatan makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.


Menurut Geller, teknologi canggih yang dimiliki makhluk dari angkasa lepas itu berupaya mengganggu sistem jaringan sosial terbesar tersebut.


“Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Pentagon (Amerika Syarikat) sedang menyiasat perkara ini. Teknologi makhluk asing boleh mengganggu sistem tersebut.



“Ia merupakan satu misteri yang besar untuk jaringan media sosial. Penjelasan yang masuk akal perlu diberikan,” katanya dalam ciapan di Twitter.


Tambah Geller, selain teknologi media sosial, makhluk asing turut menyasarkan senjaata nukIear di Bumi. 


“Sistem peIIuru berpandu balistik turut dianncam baahaya. Jadi, saya meminta agar isu ini disiasat dengan lebih terperinci,” ujarnya.



Pada Isnin lepas, kira-kira 3.5 bilion pengguna di seluruh dunia mengalami gangguan pada Facebook, Instagram dan WhatsApp, di mana mereka tidak dapat menggunakan akaun, membuka aplikasi atau menghantar pesanan ringkas kepada pengguna lain.


Keadaan itu berjaya dipulihkan dalam masa tujuh jam.


Facebook Inc. menyalahkan pemadaman perubahan konfigurasi yang dilalukannya pada peranti router bagi menyelaraskan lalu lintas antara pusat datanya sebagai punca masalah tersebut. – Agensi  


Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.