Netizen teruja lihat badan Raja Ilya yang berketul-ketul

encik gotenks
0

 


RAJIN betul bersenam! Itu yang pertama kali terlintas dalam fikiran bila tengok rutin pelakon yang kini telah menetap di Australia, siapa lagi kalau bukan Raja Ilya.


Hasil kegigihan ‘main besi’ bersenam di gimnasium setiap hari dengan mengangkat bebanan berat, berketul-ketul jadinya otot badan dia.


Tapi biasalah, netizen kita mana boleh tengok perkara sebegitu. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.


Lagi bertambah silau penglihatan netizen apabila Raja Ilya bersenam dengan berpakaian yang agak mencolok mata. Ada yang bermulut jahat pula kata, Raja Ilya bersenam hanya dengan memakai baju dalam. Lucu!


Begitulah situasinya, ‘rancak’ betul mereka pedulikan hal tepi kain bab pakaian artis. Biarlah Raja Ilya nak pakai apa sekali pun. Itu hak dia, Diva sendiri pun kalau ada bentuk badan yang cantik nak juga tayang dekat orang ramai.



Artikel berkaitan : Jaga penampilan, baru suami sayang – Raja Ilya

Pelakon Raja Ilya mendedahkan bahawa dia cuma sempat berjumpa dengan suaminya, Trent Garret sebanyak tiga kali sahaja sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.


Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, berkata, selepas berkahwin barulah dia mula mengenali suaminya dengan lebih erat.


“Bersyukur kerana bersama dengan suami yang penyayang. Saya jumpa Trent tiga kali sahaja sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Kami lebih mengenali antara satu sama lain selepas mendirikan rumah tangga,” ujarnya.


Dalam hantaran sama, Raja Ilya memberitahu bahawa ibu bapanya turut melalui proses sama ketika mereka berkahwin suatu ketika dahulu.


“Sama macam ayah saya datang merisik bila mak tengah kerja. Nenek datang jemput mak di kilang dan balik rumah terus kena lamar.



“Alhamdulillah, Trent banyak menyokong dan jadikan saya seorang yang terbaik. Dia mahukan saya bahagia dan menjaga penampilan. Perempuan kalau ada inisiatif untuk cantik dan dapat bentuk badan yang lawa, lebih yakin dengan diri sendiri.


“Kuranglah sentap dengan suami, kurang drama suami isteri,” jelas Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bersama suaminya.


Pada masa sama, pelakon itu juga memberi pesanan kepada wanita di luar sana yang bergelar isteri supaya sentiasa menjaga penampilan agar sentiasa disayangi suami.


Raja Ilya dan Trent yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah melangsungkan perkahwinan di kediaman suaminya di Perth dalam satu majlis tertutup pada 23 Disember 2018.


Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top