"Oh saya lupa, industri kami tak penting" - Mila Jirin tak puas hati dah lama tiada 'job', KJ masih berteka-teki kebenaran kenduri kahwin

encik gotenks
0

 


Seperti yang kita sedia maklum, sudah semakin banyak sektor ekonomi yang dibuka kepada orang ramai selepas ianya terpaksa ditutup kerana pandemlk C0VID-19 yang meningkat beberapa bulan lalu.


Namun, untuk majlis yang melibatkan orang ramai seperti kenduri perkahwinan kerajaan masih belum memberikan kebenaran buat masa ini. Salah seorang selebriti terkenal yang mengusahakan perniagaan katering atau industri perkahwinan ini adalah Mila Jirin.


Mila Jirin berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.

"Saya tidak kisah sekiranya ada pihak nak kecam atau kritik saya disebabkan perkongsian saya itu. Saya hanya menyuarakan bagi pihak industri perkahwinan.


"Bukan saya cakap hanya kapasiti saya seorang tetapi ramai kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan terkesan.


"Kami tertekan sebab perniagaan tak dapat beroperasi hampir dua tahun. Apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan?


"Bukankah itu perkara yang sama saja? Saya rasa semua orang dah tahu batas ketika bertemu dengan orang," kata Mila kepada mStar.


Terdahulu, pemilik nama Norsyarmilla Jirin itu memuat naik paparan skrin status Twitter Khairy Jamaluddin di Instagram miliknya pada Isnin.


Menerusi status tersebut, Khairy memberitahu majlis sosial dalam tempat tertutup berkemungkinan menjadi sektor terakhir untuk dibuka.


Dalam pada itu, Mila yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan mengakui terkilan apabila tiada pihak yang memanggil mereka untuk berbincang mengenai isu tersebut.


"Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang. Kami bukanlah mahu minta bantuan dari segi kewangan.


"Tapi beri kami peluang untuk berbincang idea macam mana SOP untuk majlis sosial. Rasa-rasanya seluruh rakyat dah faham kini hidup dalam norma baharu.


"Sekurang-kurangnya beri kelonggaran seperti jemputan dalam 50 orang dalam masa beberapa jam. Kami akan ikut saja SOP yang ditetapkan," ujarnya.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top