Rita Rudaini Imbau Kenangan Gabungan Nama Dengan Bekas Suami

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini pelakon cantik, Rita Rudaini ada memuat naik satu hantaran di media sosialnya memberitahu dia terjumpa jersey atau baju bola sepak yang tertera gabungan namanya dan bekas suami iaitu Airit.

Mengimbau kembali mengenai kisah jersey tersebut, Rita menceritakan bagaimana nama Airit itu wujud kepada anaknya yang turut diberikan dengan nama pangkal yang sama.

“Ceritanyaa..tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang…lepas tu terjumpa jersey lama..tunjuk kat Ryan dan Juna..

“Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta..daddy main dengan Negeri Sembilan..lepas tu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi laaa nama Airit.

“Seorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘Airit’ tu apa? Itu lah sejarah bermulanya nama Arit..

“Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah…Teruja mereka dengar sebab Ryan kata lamanya nama,” ceritanya.


Rita dikatakan memuat naik jersey berkenaan yang dipakai oleh anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberitahu supaya menyimpannya kerana bernilai.


" Jersi mommy mana?" , kata seorang netizen


"Jgn bg org,ada hrga jual ni", komen seorang lagi pengikut instagram Rita Rudaini



Untuk rekod, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini pernah berkahwin pada tahun 2008 dan berpisah pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak.


Sumber : GEMPAK

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top