Header Ads

Saya Rasa Berdosa Jika Tak Bantu Mangsa KezaIiman Ini, Kata Firdaus Wong

 


Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan perbualan Iuucah didakwa milik seorang pendakwah terkenal.


Susulan itu ramai yang mengecam Firdaus serta mendakwa seolah mahu menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal berkenaan. Terbaru, Firdaus Wong tampil di sebuah program TV9, ‘Sembang Viral’ yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bagi menjawab segala persoalan mengenai isu panas itu.


Menerusi temubual itu, Datuk Rosyam berkata orang melihat Firdaus seorang lantang bersuara namun pendakwah itu mengakui dirinya seorang yang penakut apabila ada individu datang dan mengadu kepadanya menjadi mngsa kezaIIiman.



Bagaimanapun, Firdaus berkata bimbang jika dia mampu menghulurkan bantuan namun tidak membantu dan akan disoal di akhirat kelak.


“Saya rasa berdosa dan tidak tahu nak jawab apa di akhirat sana sekiranya tidak membantu mngsa-mngsa kezaIIiman ini. Saya takut azab Allah daripada kejian mahupun hiinaan manusia.


“Buat pengetahuan semua, bukan semua mangsa mengadu kepada saya. Saya ada ramai kawan aktivis dan mereka datang kepada saya untuk minta kerjasama sebaik sahaja mendapat aduan daripada mngsa. Oleh itu, pihak saya akan membantu,” katanya.


Ditanya perasaan apabila dikecam teruk oleh netizen, Firdaus berkata dia sudah lali dengan perkara itu serta tidak boleh mengawal apa orang katakan tentang dirnya.


“Dalam hati saya maafkan mereka dan saya kasihan dengan mereka sebab ada banyak benda saya tahu tapi tak boleh bagi tahu.


“Walaupun ada yang herdiik, caaci, ada yang suruh saya keluar daripada agama dan masuk semula ke agama lama, saya tetap maafkan semua,” katanya.


Terdahulu, Firdaus bersumpah tidak mempunyai rasa hadas dengki mahupun dendam terhadap pendakwah terbabit. Jelasnya lagi, mangsa yang tampil datang kepada mereka.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.