Pihak tokong sudah menyerah diri serta mengemukakan surat permohonan maaf kepada polis susulan kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi, di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kekecohan yang berlaku jam 11.45 pagi Selasa lalu itu selepas pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) ingin membina pagar penghadang 'Hoarding' untuk membina jalan sebagai laluan ke sekolah.
Menurutnya, pada jam 2.14 petang, pihak polis mendapati kejadian rusohan bermula apabila wakil pihak tokong itu tidak berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan PTG.
"Kumpulan ini terdiri lebih kurang 20 hingga 30 individu lelaki dan wanita yang berusia 18 hingga 84 tahun.
"Mereka bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak menggunakan kayu serta menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Idzam berkata, polis kemudian meleraikan rusuhan itu pada jam 2.30 petang dan menahan empat lelaki yang berusia 18 hingga 50 tahun di mana susp3k direman dua hari bermula Rabu lalu mengikut Sesyen 148 Kanun Kesekksaan.
"Kemudian pada jam 8.30 malam Rabu lalu, polis menahan dua lagi lelaki berusia 38 dan 56 tahun sebelum mengepong kawasan tokong itu untuk membuat tngkapan jam 1.30 pagi semalam.
"Namun pihak tokong menyerah diri serta menyerahkan surat permohonan maaf kepada pihak polis," katanya.
Beliau berkata, susulan itu, polis menahan 12 lelaki dan enam wanita berusia 18 hingga 84 tahun iaitu semua yang terbabit dalam rusohan itu.
"Pihak polis membebaskan dua susp3k dengan jaminan polis atas faktor usia. Permohonan reman ke atas 18 susp3k lagi dibuat semalam di mana 10 suspek direman sehari bagi membantu siasatan.
"Kertas siasatan yang lengkap sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini dengan cadangan pertuduhan mengikut Sesyen 148 Kanun Kesekksaan, Sesyen 186 Kanun Kesekksaan dan Sesyen 353 Kanun Kesekksaan," katanya.
Menurutnya lagi, pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakiit Berjangkiit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 turut dicadangkan memandangkan kesemua suspek meIIanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awam.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan empat lelaki dalam kekec0han di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi di sini.
Satu rakaman video berkaitan isu ini juga dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.
Sumber : Harian Metro