Header Ads

Ain Husniza dan bapa disaman guru berhubung isu jenaka Iucah

 


Satu saman fitnah difailkan ke atas pelajar tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam, yang sebelum ini menarik perhatian ramai dengan hantaran TikToknya mengenai jnayah rog0I yang dijenakakan.


Melalui ciapan hari ini, bapa pelajar terbabit, Saiful Nizam Ab Wahab, mendedahkan writ saman berkenaan dia bersama Ani Husniza sebagai defendan.


"Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan daripada Khairul Nizam Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021," ciapnya petang tadi.


Mengiringi ciapan Saiful Nizam itu ialah tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace (Jadikan sekolah tempat yang lebih selamat) serta halaman depan writ saman yang dimaksudkannya.



Pelajar terbabit mula mencetuskan perbincangan awam selepas dia memuat naik video TikTok dengan mendakwa seorang guru membuat jenaka mengenai rog0I semasa sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan.


Ia kemudian mengundang reaksi orang ramai di media sosial.


Sejak itu Ain Husniza mendapat sokongan pelbagai pihak atas pendedahan itu namun pada masa sama dia juga berdepan dengan kritikan selain satu ugotan r0g0I daripada pelajar lain.


Bagaimanapun pelajar lelaki terbabit kemudian memohon maaf.


Berdasarkan salinan tuntutan tersebut Khairul Nizam mengemukakan saman ke atas pasangan anak-beranak berkenaan atas tiga video TikTok, tiga hantaran Twitter dan beberapa kenyataan lain yang dianggapnya fitnah di antara 23 April dan 26 Jun lalu.



Antara kenyataan yang dianggap plaintif bersifat fitnah oleh Saiful Nizam ialah mesej dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook selain beberapa temu bual media.


Pada Ogos lalu Ain Husniza dan bapanya dilaporkan menerima sepucuk surat tuntutan daripada seorang guru lelaki yang mendakwa difitnat anak-beranak terbabit.


Mereka dinamakan sebagai responden dalam surat tersebut. Antara lain mereka dituntut membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi bernilai RM1 juta atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.


Difahamkan 2 Dis ini ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Sumber : MaIaysiaKini

No comments:

Powered by Blogger.