Header Ads

Gambar leher jinjang Uqasha Senrose di MLM 2021 tarik perhatian netizen

 


Seperti kita sedia maklum, Uqasha Senrose adalah salah seorang juri untuk program Maharaja Lawak Mega 2021. Baru-baru ini pelakon yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Kamal Adli tidak lama lagi dilihat memuat naik gambarnya ketika menghadiri program MLM 2021 di instagram miliknya.


Ramai netizen memuji kecantikan uqasha yang persis anak patung. Namun ada juga yang terperasan apabila leher pelakon itu dilihat kelihatan luar biasa seolah-olah disunting secara berlebihan di bahagian lehernya.


Apa yang menarik perhatian peminat adalah saiz leher yang didakwa netizen kelihatan agak pelik dan ‘terlebih’ jinjang.


Ia sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada busana yang digayakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tidak sesuai atau Uqasha telah menyunting foto secara berlebihan.


Terpanggil dengan kritikan netizen, Uqasha kemudian tampil memberi jawapan balas dan bertegas bahawa dia tidak mengubah atau menyunting foto terutamanya di bahagian leher.


“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?” balas Uqasha.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji kecantikan bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini yang tidak ubah seperti patung Barbie.


Terdahulu, Uqasha pernah menuai komen daripada netizen susulan tindakannya menyunting foto di bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’ berbanding asal.

Sumber : Beautifulnara

No comments:

Powered by Blogger.