Inilah Yang Berlaku Kepada 'Kaki Game' Selepas 20 Tahun Jika Main Game Secara Berlebihan

encik gotenks
0

 



Industri permainan video kini telah mengambil alih permainan tradisional yang diwarisi dari nenek moyang kita. 


Bermain video game tidak salah kerana ianya kini salah satu kerjaya dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Tetapi kita mesti pandai bahagikan masa dan jangan sampai ianya memudaratkan kita.


Menerusi satu kajian yang dipetik dari ejinsight.com mencatatkan bahawasa industri esport/gaming ini telah mengambil alih dunia hiburan secara senyap-senyap.


Baru-baru ini seorang penyelidik dari Kanda telah membuat satu kajian yang kemudiannya menggunakan data yang diperoleh dan mencipta satu gambaran patung bernama Michael.


Michael dihasilkan daripada data yang diperoleh oleh pemain video game yang menghabiskan purata sekitar enam jam seminggu secara online. Data ini juga meningkat sebanyak 19.3% berbanding tahun lalu.


Hasilnya, selain daripada tidak cukup tidur, Michael juga dilihat kurang vitamin D, mendapat ekzema disebabkan tekanan, serta postur badan yang sangat lemah.


Michael juga digambarkan mempunyai lengkuk pada tengkorak kesan daripada tekanan pada headphone, selain menyebabkan keguguran rambut. Malah, telinga juga boleh menjadi berbulu kerana kurangnya pengaliran udara dalam telinga.


Tambah lagi, mata Michael juga berurat dan merah akibat kekuranga tidur dan terdedah kepada skrin pada masa yang lama.



Meskipun bermain video game kedengaran seperti tidak berbaahaya, kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. 

Dapatkan rehat yang mencukupi, makanan yang berkhasiat dan gunakan kerusi yang bagus agar postur badan anda tidak rosak.

Sumber: The Sun
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top