Header Ads

Lelaki tua amuk baling batu ke arah kereta depan hospital Dungun dirujuk ke HSNZ

 


Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan polis selepas mengamuk dan bertindak membaling batu ke arah sebuah kenderaan orang awam di hadapan Hospital Dungun di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi tersebut, lelaki kurang siuman berusia 56 tahun itu marah-marah sebelum membaling batu ke arah sebuah kenderaan yang keluar dari simpang jalan.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu, dia telah bertindak membaling tong sampah ke tengah jalan raya.



“Lelaki tersebut telah ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda (MPV).


“Keputusan ujian air kencing lelaki tersebut adalah negatif dan lelaki tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Terdahulu, sebuah rakaman video berdurasi 1 minit 27 saat yang dirakam orang awam berhubung insiden itu tular di media sosial khususnya laman Facebook dan aplikasi WhatsApp.



Video tersebut turut memaparkan lelaki tersebut membaling batu ke arah sebuah kenderaan sebelum berjaya dikepung orang ramai dan ditahan polis. 


Sumber : – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.