Header Ads

Makhluk asing sudah berada di bumi, kata pakar

 


Satu kaji selidik di Britain mendapati sebahagian besar penduduknya percaya makhluk asing sudah melawat Bumi dan masih berada di sini, lapor akhbar Daily Star semalam.


Dalam kaji selidik yang dilakukan untuk akhbar berkenaan, 64 peratus warga Britain berkata bahawa mereka percaya makhluk asing sudah melawat Bumi dan percaya entiti tersebut ‘mungkin menyerupai manusia’.


Angkasawan pertama Britain, Helen Sharman berkata, dia percaya makhluk asing boleh berada di Bumi ketika ini dan sedang mengkaji manusia.



Malah, bekas pegawai Pentagon, Luis Elizondo juga bersetuju dan menyatakan bahawa kapal angkasa  tidak dikenali (UAP) yang dikesan tentera Amerika Syarikat (AS) adalah jauh lebih canggih berbanding apa yang diketahui oleh teknologi manusia.


“Kapal angkasa ini menunjukkan ciri-ciri yang tiada dalam inventori AS pada masa ini mahupun dalam mana-mana inventori asing yang kami ketahui,” katanya.


Tambahnya, objek terbang tidak dikenali yang dilaporkan tentera AS merupakan ‘perkara yang tidak mempunyai sebarang perkhidmatan penerbangan yang jelas dan sebarang bentuk pendorongan yang jelas’.



Seorang profesor astronomi di Institut Fromm Universiti San Francisco, Andrew Fraknoi berkata, makhluk asing boleh menjadi sangat asing sehingga kita tidak akan mengenali mereka jika kita melihatnya. 


“Kemungkinan yang menarik ialah mereka sebenarnya di sini, tetapi kita tidak tahu,” katanya. – AGENSI 


Artikel dipetik dari kosmo! online

No comments:

Powered by Blogger.