Netizen terpukau lihat penampilan Nasha Aziz, usia dah 50 tapi masih 'melentik' mengalahkan anak dara 20 tahun

encik gotenks
0

 


Baru-baru dilangsungkan pertunjukkan fesyen terkemuka yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Ramai nama-nama besar yang menyertai dan menghadiri acara yang berprestij ini.


Namun dalam ramai-ramai selebriti yang ada disana, penampilan artis yang sudah sekian lama tidak muncul di media iaitu Nasha Aziz telah menarik perhatian ramai apabila selebriti cantik ini tampak anggun memperagakan busana gaun sendat rona merah sentuhan pereka Rizman Ruzaini.


Paling menarik perhatian ialah bentuk badannya yang kekal langsing sehingga ramai yang terlupa usianya sudah mencecah 50 tahun.


“Bentuk badan Nasha ialah impian setiap wanita. Macam mana dia masih mampu dapatkan lentikan itu lagi,” puji seorang netizen.


“Usia 50 tapi fizikal mengalahkan remaja berusia 20 tahun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.




Selain Nasha, model ternama tanah air lain yang turut menarik perhatian mata umum ialah Tengku Azura, Amber Chia dan Deborah Henry.

Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top