Header Ads

Pemandu van sekolah Ianggar budak 7 tahun dibebaskan dengan jaminan polis

 


Pemandu van sekolah yang dipercayai meIIanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes kemaIIangan tersebut.


"Wanita warga tempatan berumur 31 tahun itu ditahan pada Jumaat dan dibebaskan pada hari ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.



Pada Jumaat, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menghembuskan nafas terkahirnya apabila diIIanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, murid darjah satu itu yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).



Md Noor Aehwan berkata, selepas selesai menurunkan kesemua pelajar, van sekolah dipandu wanita tempatan berusia 31 tahun itu bergerak ke hadapan dan terIIanggar budak perempuan tersebut yang pada masa sama sedang melintas.


"Akibat peIIanggaran itu, mangsa mengalami kecedeeraan paarah di kepala dan dibawa ke unit kecmasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggaI dunia sekitar jam 2.30 petang semasa menerima rawatan," katanya.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.