Header Ads

Pembeli kailan ikan masin 'kayangan' RM18 diminta tampil buat aduan rasmi, kata KPDNHEP

 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini, tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.


Jurucakapnya berkata, KPDNHEP memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tindakan lanjut dapat dilakukan.


"Kita sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis itu," katanya.



Menerusi hantaran di Facebook (FB) itu, pelanggan berkenaan memuatnaik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular.


Dalam hantaran itu, individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.


Menurut petikan hantaran itu, dia sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah dan reda dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dibelinya


Bagaimanapun, dia sukar menerima kenaikan sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan pada harga RM18 yang ia dianggap terlalu mahal.



Kos keseluruhan makanan yang dibeli individu berkenaan adalah berjumlah RM122 namun dia tidak mendedahkan nama restoran berkenaan.


Bil berkenaan memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.