Header Ads

Pemilik restoran ada 4 hari lagi jawab notis kontroversi siakap RM1,196.80, kata KPDNHEP

 


Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, yang tular kerana menjual hidangan siakap lebih RM1,000 mempunyai tempoh empat hari lagi untuk menjawab notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, ini berikutan tempoh itu dilanjutkan dari tarikh asal daripada Khamis lalu ke Rabu depan.


Katanya, beliau menerima laporan daripada penguat kuasa KPDNHEP berkaitan serahan notis pada 6 November lalu, yang meminta peniaga terbabit memberi penjelasan terhadap beberapa perkara.



"Kita ada berikan notis kepada peniaga untuk menjelaskan harga makanan yang dijualnya sebelum ini, tetapi masih belum lengkap.


"Dia (peniaga) bagi harga lump sum (sekali gus), kita nak perincian lengkap, berapa upah masak dan kos lain secara terperinci," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Terdahulu beliau merasmikan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, di sini.


Sebelum ini, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat 7.48 kilogram.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.