Header Ads

Pernah Dakwa Guru Gurau Mengenai RogoI, Ain Husniza Sambung Belajar Di Sekolah Swasta



Jika anda masih ingat, seorang pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza pernah menggemparkan negara apabila dia mendakwa guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergurau mengenai elemen rog0I ketika sesi persekolahan.


Susulan kontroversi berkenaan, remaja berkenaan, Ain Husniza mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan turut melalui pelbagai proses perundangan sehingga Ogos lalu.


Baru-baru ini viral satu video di laman twitter yang memaparkan adik Ain Husniza merakam dirinya berpakaian seragam sekolah dan memperlihatkan persekitaran tempat belajar yang baru.


Bapa Ain Husniza, Saiful Nizam memaklumkan anak gadisnya yang berusia 17 tahun itu kini gembira memulakan sesi pembelajaran.


Menerusi perkongsian video TikTok dan hashtag, Ain sudah berpindah ke sebuah sekolah swasta yang terletak di Selangor.





“Dia gembira.. alhamdulillah. #AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace #CempakaSchools,” kongsi Saiful di Twitter.

Perkongsiannya di laman sosial TikTok laman Twitter sehingga menerima lebih 4,500 tanda suka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada remaja itu dan tidak lupa juga memberikan kata-kata semangat buat Ain dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah.





“Alhamdulillah.. semoga dia dikurniakan pengalaman persekolahan yang indah, mencapai impian dan mendapat ramai kawan baru!”


“Alhamdulillah, tuan. Semua yang terbaik untuknya dan tahniah atas semua sokongan yang telah diberikann. Ini adalah sokongan keluarga yang hebat.”


Sumber artikel : Sinar Harian







No comments:

Powered by Blogger.