Header Ads

Raih 86 juta undian, Janna Nick dinobatkan manusia paling popular di Malaysia

 


Penyanyi dan pelakon Janna Nick dinobat sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur malam tadi.


Meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian, kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Janna berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta dan sebuah telefon bimbit tajaan Xiaomi.


Dalam acara tersebut, pemilik nama penuh Nurul Jannah Munir, 26, itu turut membawa pulang dua buah trofi iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.


Janna yang tidak dapat menahan sebak ketika menerima anugerah tersebut berkata, dia menganggap kemenangan pada malam ini sebagai pemangkin semangat untuknya terus berkarya dalam industri.


Pada masa sama, pelakon yang mendedahkan menghidap penyakit bipolar itu turut menitipkan pesan kepada semua agar orang yang melalui perkara sama sepertinya agar tidak berputus asa.



“Saya hampir jatuh tersungkur awal tahun ini. Terima kasih beri hadiah ini sebagai pemangkin semangat buat saya.



“Sekiranya kalian rasa sedih, kecewa atau dunia ini tak adil, jangan putus asa. Sebab akan sentiasa ada sinar untuk kita. Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah bukan Janna Nick,” titipnya.


Malam ABPBH34 turut menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada komposer dan penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan atas pencapaian dan sumbangannya terhadap industri seni tanah air.


Edisi ABP yang mengangkat tema #KITABERSAMA bersiaran tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 yang memasuki tahun kedua. – K! ONLINE


Senarai pemenang:



Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid

Artis Baharu Wanita Popular: Dolla

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia: Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Aina Abdul/Khai Bahar (Nafas Cinta)

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha

Artis Versatil Popular: Siti Nordiana

Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi

Pengacara TV Popular: Janna Nick

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Watak Animasi Popular: Ejen Ali


Anugerah Khas: Datuk Habsah Hassan


Kategori online:


Gandingan Serasi Drama Popular:

Gandingan Serasi Filem Popular:

Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee


Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.