Salman Khan Mengaku Anut Dua Agama Dalam Satu Masa

encik gotenks
0

 


Salman Khan dibesarkan dengan dua kepercayaan yang berbeza iaitu ayahnya mempunyai pegangan agama Islam manakala ibunya pula beragama Hindu dan lazimnya di India, anak-anak akan mengikut kepercayaan bapa mereka.


Namun berbeza pula dengan Salman Khan, dia tidak mahu memilih mengikut agama bapa atau ibunya. Seperti yang dinyatakan di Khaleej Times pada 20 November 2021, Salman Khan sebenarnya mengakui bahawa dia berpegang kepada dua agama sekaligus.


Saya Hindu dan Islam, kedua-duanya. Saya Bhartiya (parti politik nasionalis di India). Saya orang India.


Pengakuan Salman Khan terhadap kepercayaannya memeluk dua agama sekaligus mengundang kontroversi kepada orang ramai. Netizen menganggap Salman Khan telah menduakan tuhan.


Menurut Intep Seleb, rentetan dari kejadian tersebut, video lama mengenai Salman Khan mula memenuhi media sosial. 



Ada juga yang memuji Salman Khan apabila satu video dia segera memberhentikan MC dalam satu majlis dan memintanya meneruskan program apabila azan selesai. Ini lantas memberi reaksi positif netizen terhadap aktor Bollywood ini.


Sumber : Murai.my

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top