Header Ads

Shahrir Samad, jangan cabar saya tarik sokongan di Johor, kata Muhyiddin

 


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cabaran dibuat veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor adalah berniat jahat dan tidak bijak.

Beliau berkata, pihaknya boleh berbuat demikian namun adalah tidak wajar untuk mengheret rakyat Johor menerima nasib sama seperti rakyat Melaka setelah apa yang dilakukan UMNO di Melaka.

"Jangan cabar saya, saya pemimpin Bersatu, PN. Nasib rakyat adalah yang utama. Shahril tidak fikir. Dia nak mencabar saya, saya boleh buat. Sekarang pun saya boleh tekan 'button', semua jatuh. Kamu nak itu berlaku?


"Tengok apa yang UMNO buat di Melaka. Jaahat. UMNO sendiri tumbangkan kerajaan dia. Shahrir minta Bersatu tarik sokongan, kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar daripada UMNO itu akan jatuh. Bijak ke bodoh? Minta maaf ya," katanya pada sidang akhbar di Kampung Air Panas di sini pada Jumaat.


Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru dilapor berkata, UMNO Johor bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika Perikatan Nasional (PN) mahu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri itu.


"Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silalah. UMNO Johor tetap bersedia,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.



Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tidak mustahil kerajaan Johor boleh tumbang jika beliau memilih jalan untuk membaIas deendam.


"Saya jatuh kerana UMNO tidak sokong. Tapi tak ada pilihan raya umum (PRU). Tak apa jika orang lain yang naik.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.