Header Ads

Wedding Of The Year! Kos majlis kahwin Haqiem Rusli RM7 juta, hantaran RM100,000

 


Penyanyi, Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, tepat jam 3.40 petang tadi.


Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang juga Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000 disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Haqiem menggambarkan Sofea sebagai wanita yang sempurna buatnya dan memiliki budi pekerti yang lemah lembut.


"Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang menambat hati saya untuk memilikinya,," katanya.



Sementara itu, Sofea pula menggambarkan Haqiem sebagai sosok lelaki yang bertanggungjawab.


"Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti membuatkan saya jatuh hati kepadanya" katanya.


Haqiem yang popular menerusi lagu Mimpi itu menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pihak pengantin perempuan.


Majlis pernikahan dan resepsi Haqiem dan Sofea juga diserikan dengan barangan kemas dari Habib Jewels termasuklah aksesori berlian bernilai RM5 juta.



Nilai keseluruhan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.


Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.


Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara yang akan berlangsung di SkyGlass, Cyberjaya, malam ini.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.