Header Ads

Daiyan akui dia kini kerap berasa haus dan mengantuk.

 




"Mula-mula saya tak alami gejala yang teruk. Saya kuarantin selama 10 hari tapi hari ketiga paling banyak simptom saya alami.


"Tapi hari keempat dan seterusnya dah semakin baik. Alhamdulillah saya pun tak ada hilang deria rasa cuma ada la saakit tekak dan saakit kepala.


"Selepas saya dah bebas daripada C0vid-19, kesannya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus. Orang kata memang dua minggu dalam proses nak sembuh," katanya.


Alhamdulillah vaksiin juga sangat membantu mengurangkan simptom.



Penyanyi lagu Penat ini ditemui ketika majlis akad nikah selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran di Colony By KLCC, Kuala Lumpur.


Pada 4 Disember lalu, pelakon filem Buskers ini mendedahkan dia disah positif C0vid-19, dipercayai dijangkiti daripada beberapa kru sebuah produksi drama.


Dalam pada itu, Daiyan berasa syukur apabila tiada lagi masyarakat yang bersikap skeptikal untuk berada dekat dengan bekas pesakit C0vid-19.



Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, masyarakat mula menerima kehidupan norma baharu yang dikelilingi orang yang pernah dijangkiiti viirus tersebut.


"So far Alhamdulillah... tak ada bersikap skeptikal untuk dekat dengan bekas pesaakit C0vid. Mungkin dahulu ada sebab tak ramai dalam kalangan kita yang kena.


"Tapi sekarang ini, ahli keluarga, rakan baik sendiri pun dah kena. Apabila saya kena, ada kawan pun DM cakap dia pun sama.


"Jadi, mungkin orang dah mula terima. Alhamdulillah vaksiin juga sangat membantu mengurangkan simptom," ujarnya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.