Header Ads

KKM kaji keperluan dos penggalak keempat elak penularan 0micron, kata Khairy Jamaluddin

 


Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkiitan 0micron.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkiitan 0micron.



Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi C0vid-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.


"Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.


"Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.



"Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini," katanya kepada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.