Header Ads

‘Pengembara masa’ tahun 2458 ramal kejadian luar biasa akan berlaku pada bumi 25 Disember ini

 


Seorang lelaki yang mendakwa dirinya berasal dari tahun 2458 membuat ramalan baharu bahawa dua kejadian besar bakal berlaku pada akhir  bulan ini yang akan ‘mengejutkan seluruh dunia’, lapor akhbar Daily Star semalam.


Lelaki  menggunakan akaun bernama ‘Thatonetimetraveler’ itu berkata, beberapa individu akan menerima kuasa luar biasa dari Matahari serta satu lagi kejadian ‘mengejutkan’ yang tidak dinyatakan secara terperinci.


“Pada 20 Disember, lapan individu akan menerima kuasa luar biasa dari gelombang tenaga Matahari.



“Kemudian, pada 25 Disember pula, peristiwa  besar akan berlaku yang akan mengejutkan dunia serta mengubah cara hidup manusia buat selama-lamanya.


“Ia akan mengejutkan seluruh dunia dan membuktikan bahawa saya sememangnya seorang pengembara masa yang sebenar, jangan lupa tarikh ini,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.


Dakwaan itu menerima pandangan skeptikal daripada netizen yang memberikan pandangan sinis terhadap ramalan tersebut.



“Lebih baik tonton siri Simpsons, lebih tepat (ramalan),” kata seorang pengguna.


“Jika kamu beritahu kami apa yang berlaku, kami akan tahu bahawa ia adalah benar,” komen seorang lagi. – Agensi 


Kredit : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.