Header Ads

Remaja 16 tahun meninggal terkejut disergah 'hantu'

 


Seorang remaja menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat seerangan jantung selepas masuk ke sebuah rumah hantu di pusat peranginan di sini Rabu lalu.


Difahamkan dalam kejadian berkenaan maangsa yang berusia 16 tahun datang ke pusat pe­ranginan berkenaan untuk bercuti bersama keluarga.


Difahamkan maangsa yang memasuki sebuah rumah hantu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri selepas terkejut.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai maati mengejut dan maayat maangsa telah dihantar ke kediamannya di Melaka.


Ujarnya, berdasarkan bedah siasat mendapati maangsa menghadapi masalah jantung berlubang.


Sebelum in, tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami seraangan jantung dan meninggal dunia semasa berada di dalam rumah hantu di Bentong itu.

Arwah dikatakan pergi ke pusat peranginan itu bersama keluarga rakan baiknya untuk bercuti.



Maangsa bagaimanapun terkejut melihat ‘hantu’ sebelum ter­kena seraangan jantung.


Video berdurasi dua minit 54 saat yang dikongsikan @mrwanchai di laman Facebook menunjukkan situasi rakan meminta maangsa menarik nafas, namun remaja itu kelihatan semakin lemah.


Keluarga dan perakam video itu kelihatan membawa mangsa ke kawasan terbuka.


Sementara itu, jurucakap Unit Khas Van Jenazah Melaka berkata, pihaknya telah dihubungi bapa maangsa bagi meminta bantuan membawa jenaazah ke Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka kelmarin.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.