Header Ads

Saya tidak bersedia untuk tinggalkan anak, kata Emma Maembong

 


Emma Maembong, 29, lebih selesa menjaga sendiri anaknya Shariq Gabriel yang kini berusia setahun daripada ditinggalkan kepada pembantu rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.


Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata dia bersikap sebegitu bukan kerana tidak percaya, tetapi disebabkan begitu menyayangi anak kerana baharu bergelar ibu.


"Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tetapi saya sendiri yang tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.


"Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Emma, pada awalnya dia berhadapan kesukaran hendak memberi fokus kepada lakonan kerana asyik teringatkan anak di rumah.


Katanya, ia menjadi cabaran besar kerana terlalu memikirkan anak.

"Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih baik daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi. Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat itu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah," katanya.



Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33, pada 20 Februari tahun lalu dan selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 November tahun lalu.


Selepas berehat seketika dari lakonan, Emma kini muncul membintangi drama adaptasi novel berjudul I Promise, Janji Anaqi arahan Hadith Omar yamg sudah menemui penonton sejak 6 Disember lalu, jam 11 malam di Astro Ria.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.