Header Ads

Tolak bumi bulat, kini Mosus tolak kepercayaan Allah ada dimana-mana

 


Jika sebelum ini, Shuhaimi Saad atau lebih dikenali dikalangan peminatnya sebagai Mosus ada membuat kenyataan yang kontroversi iaitu tidak percaya bumi itu bulat dan selepas itu menolak pula pemberian vaksin C0vid-19.


Ingatkan sudah tiada ada kenyataan pelik, namun baru-baru ini Suhaimi Saad telah mengejutkan ramai apabila dia dilihat berkongsikan mengenai kepercayaan ramai yang ditolaknya.


Seperti kita tahu, Suhaimi menyokong bahawa bumi berbentuk datar, menolak sistem pendidikan serta kebaikan suntikan vaksin.


Bagaimanapun, dakwaan Suhaimi yang menolak bahawa Alllah ada dimana-dimana mencetuskan tanda tanya apabila ada netizen memintanya untuk memberi penjelasan mengenai dakwaannya itu.


Namun, di ruangan komen, Suhaimi meminta netizen supaya mendalami dan fahamkan ilmu agama. Tidak hanya setakat itu, Suhaimi turut menyifatkan tafsiran ayat kedua surah al-Fatihah sebagai terlalu umum.



Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.