Uqasha dan Kamal Adli pilih Tanah Suci sebagai tempat bulan madu, tunai umrah luah rasa syukur

encik gotenks
0

 


Ramai peminat hiburan tanah air terkejut apabila hari ini Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli mengumumkan bahawa mereka sudah pun selamat diijabkabulkan sebulan lalu iaitu pada 5 November 2021.


Tiada niat untuk merahsiakan majlis pernikahan, namun pasanan itu berkata mereka berbuat demikian kerana menghormati hak eksklusif pihak Astro.


Menerusi sidang media Walimatul Urus Kamal dan Uqasha petang tadi, aktres itu berkongsikan detik dimana dia terbuka hati menerima Kamal sebagai suami.


Uqasha berkata selepas membintangi drama bersiri Selepas Terlafaznya Akad, dia dalam proses mengenali hati budi Kamal dan ketika itu dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.


Ketika di Tanah Suci, Uqasha memohon agar dikutkan jodoh andai benar Kamal Adli ditakdirkan untuk dirinya.



Uqasha berkata dia dan Kamal membuat keputusan untuk berbulan madu di Tanah Suci dengan menunaikan umrah sebagai tanda syukur doanya dimakbulkan Allah.


Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top