Header Ads

Ain Edruce bergilir jaga anak dengan suami sebab tiada orang gaji

 


Pelakon dan pengacara Ain Edruce, 30, kini mengehadkan karier seninya buat sementara waktu untuk memberikan perhatian kepada anak, Soraya yang baharu berusia tujuh bulan.


Menurutnya, dia yang biasa mengutamakan kerjaya sebelum ini, sekarang meletakannya di tangga kedua kerana lebih mementingkan uusan penjagaan dan pembesaran Soraya.


"Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah.



"Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.


"Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya," katanya kepada Harian Metro.


Dalam masa sama, Ain mengakui sekiranya mempunyai pembantu rumah pun, dia tidak akan membiarkan anaknya dijaga penuh tanpa pemantauan ahli keluarga.



"Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja," katanya.


Bercerita juga mengenai karier, Ain tidak meletakkan apa-apa sasaran, namun melahirkan keinginan untuk membawa pulang trofi.


"Tak kisahlah mana-mana trofi pun. Seronoknya kalau saya ada rezeki dapat anugerah. Itu antara benda yang saya impikan dan nak dicapai.    


"Saya tahu memanglah menang anugerah itu sekadar trofi saja, tapi percayalah perasaan itu seronoknya pasti sukar digambarkan," katanya. 

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.