Gadis 19 tahun kecewa keluarga kekasih pandang rendah kerana tidak berpelajaran tinggi

encik gotenks
0

 


Bila menjalinkan sesuatu ikan perhubungan, sudah semestinya apa yang diharapkan adalah mendapat restu dari keluarga kedua-dua pihak.


Baru-baru ini viral satu video di laman tiktok yang memaparkan seorang gadis yang meluahkan rasa kecewa yang amat apabila ibu kepada kekasihnya seolah-olah memandang rendah terhadap tahap pendidikan yang dimiliki menarik perhatian ramai.


“Siapa yang pernah kena je tahu sakit dia macam mana”- katanya di ruangan kapsyen.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nraliisya_, difahamkan dirinya itu bukan merupakan seseorang yang mampu menepati ‘citarasa’ ibu teman lelakinya itu.


Perkara tersebut terjadi susulan gadis berusia 19 tahun itu diajak kekasihnya ke majlis kenduri yang berlangsung di rumah lelaki tersebut sebelum berlaku situasi sedih itu.


“Dah sampai, tiba-tiba keluarga dia cakap. Tak setaraf la dengan keluarga kita. Takde la cantik mana, diploma pun takde. SPM buat apa,” luahnya.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya perkara sedemikian boleh berlaku, kerana disangkakan situasi itu cuma berlaku dalam drama petang-petang saja.


Dah 2022, namun masih ada segelintir orang kita yang berpikiran kolot dengan menjadikan taraf pendidikan seseorang sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang itu.




Ramai juga netizen lain yang mendoakan agar gadis ini bertemu dengan jodoh yang lebih baik yang menerima kekurangan kita seadanya.


Artikel dipetik dari yoy.com


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top