Header Ads

Halal kalau ambil makanan, curi jam tangan mahal itu tak boleh dihalalkan, kata Mydin

 



Pengurusan Mydin Holdings (M) Berhad (Mydin) sedia bekerjasama dengan polis sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung insiiden peecah ma­suk sebuah cawangannya yang terjejas banjir di Sesyen 25 di sini minggu lalu.


Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beliau memahami prosedur siasatan pencer0bohan di Mydin cawa­ngan Taman Sri Muda itu apabila 31 orang ditahan Isnin lalu.


“Memang saya pernah cakap untuk halalkan kalau orang itu ambil makanan dan barangan keperluan kerana dalam ke­adaan mereka tengah susah ketika itu, tetapi kalau mereka cuuri jam tangan mahal, maknanya bukan hendak cari makan tetapi mencuuri, itu yang tak patut dihalalkan.


“Dalam kenyataan sebelum ini pun saya cakap, niat halal­kan itu untuk orang yang kelaparan, tetapi ada juga cuuri barang contohnya jam mahal kemudian dia pergi jual untuk beli makanan itu pun kita boleh halalkan. Tetapi mereka yang betul-betul cuuri barang memang kita tak boleh halalkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.


Jelasnya, terdapat laporan polis dibuat oleh pihak Mydin baru-baru ini berikutan cawa­ngannya di sana dilanda banjir, namun tindakan itu bertujuan untuk tuntutan insurans.


Terdahulu, akhbar ini me­laporkan kenyataannya meng­halalkan barangan makanan dan keperluan yang dicuri daripada cawangan pasar rayanya di sana berikutan simpati simpati terhadap mngsa banjir yang kelaparan.


Bagaimanapun, polis kemudian memaklumkan seramai 31 warga asing dicekup bagi membantu siasatan kes peecah dan cer0boh pasar raya.



Dalam pada itu, Ameer Ali memberitahu, pihaknya bersedia mencadangkan pendakwaan di mhkamah digugurkan sekiranya pencuuri berkenaan benar-benar mencuri makanan atau barangan keperluan untuk meneruskan hidup ketika di­timpa bencaana.


“Tetapi polis ada prosedur, mereka juga ambil tindakan atas laporan saya mungkin selepas polis tengok video tular dan sebagainya untuk dibawa ke mhkamah, saya rasa itu kita tak boleh masuk campur.


“Cuma kita bersedia membantu jika polis meminta ke­terangan dan jika dapat tahu memang pencuuri itu mengambil barang keperluan seperti makanan, memang kita akan minta gugurkan (pendakwaan di mhkamah) sebab kita sudah halalkan,” jelasnya.


Tambahnya, walau bagai­manapun beliau akan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya jika maang­sa yang disyaki itu didapati mencuri barangan bukan ke­perluan. 

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Powered by Blogger.