Header Ads

Harga harumanis dijangka naik lagi tahun ini, RM135 untuk 3 kilogram bagi gred A

 


Harga jualan mangga harumanis premium pada tahun ini dijangka mencatatkan pe­ningkatan berbanding tahun Ialu berikutan kenaikan harga input pertanian bagi buah berkenaan.


Pengerusi Persatuan Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, kenaikan input perta­nian seperti baja, racun dan bahan penggaIak bagaimanapun hanya memberi kesan kenaikan sekitar RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) terhadap harga jualan mangga tersebut.


“Biasanya harga jualan sekotak 3kg harumanis premium gred A adalah sekitar RM100 hingga RM135 termasuk kos penghantaran dan harga pada tahun ini dijangka naik tidak meIebihi RM5.


“Kenaikan input pertanian tersebut sekiranya dibahagikan dengan pengeluaran buah daIam unit kilogram, ia tidaklah memberi kesan kenaikan harga yang terlaIu tinggi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.



Tambahnya, penjagaan harumanis yang memerlukan pemerhatian teliti sepanjang 12 bulan serta kos penyelenggaraan Iain turut diambil kira bagi kenaikan harga jualan pada tahun ini.


“Buah harumanis bergred premium biasanya mempunyai berat sekitar 300 hingga 450 gram sebiji, kulit cantik serta rasa yang manis serta aroma yang harum.


“Telah menjadi amaIan peng­usaha harumanis komersial dan semi komersial di Perlis agar harga jualan mangga itu ditetapkan mengikut kesesuaian dan kemampuan pengguna,” ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A, Mohd. Asri Yusoff mengakui, kenaikan harga input pertanian memberi sedikit kenaikan kepada harga juaIan buah berkenaan.


“Kenaikan harga ra’cun rumput sehingga lebih 100 peratus dan racun serangga antara 20 hingga 50 peratus mempe­ngaruhi kenaikan harga harumanis sekitar 5 hingga 10 peratus berbanding tahun lalu.



“Kami telah meIakukan beberapa perbincangan mengenai faktor-faktor tersebut dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi memutuskan harga jualan rasmi seperti amalan biasa setiap tahun,” katanya.


Menurut beliau, koperasi tersebut mempunyai kira-kira 158 ahli dan menjalankan aktiviti pembelian daripada pengusaha serta juaIan harum manis Perlis secara komersial setiap tahun.


“Harga jualan bagi sekotak 3kg harumanis gred A termasuk kos penghantaran sebelum ini adalah RM125 hingga RM135, gred B (RM100-RM125), gred C (RM85-RM100), manakala gred D dijual pada harga RM15 sekiIogram diborong di pusat pengumpulan koperasi di Chuping.


“Sebenarnya indeks buah matang yang dituai adalah pen­ting untuk memberikan rasa dan aroma sebenar seIain saiz atau berat dan keadaan kulit yang cantik,” jelasnya – Kosmo

No comments:

Powered by Blogger.