Header Ads

JPJ akan ambil tindakan kepada istitut memandu jika ramai pemandu terbabit kemaIangan, termasuk batal permit institut

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan semata-mata

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu mengeluarkan ramai calon yang terbabit dalam kemaIangan jalan raya dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.


Tindakan itu akan dijalankan menerusi kaedah melekatkan kod di lesen memandu pengguna jalan raya bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan di mana pesalah itu menerima latihan pemanduan.


Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, kaedah itu masih dalam peringkat cadangan namun akan disenaraikan di bawah sistem e-Testing yang selepas dilancarkan pada 1 April nanti.


"Kita dalam proses memberi kod di lesen memandu, jika didapati melakukan kesalahan (jalan raya) atau terbabit dalam kemaIangan, dapat dikenal pasti pesalah itu 'lahir' dari institut memandu mana.



"Kaedah ke arah pendigitalan ini dijadikan seperti 'audit tracking' untuk mengetahui ada sesuatu yang tidak kena atau pengajaran serta modul yang tidak diikuti dengan betul.


"Jika banyak rekod kesalahan atau kemaIangan jalan raya termasuk menyebabkan kemaIangan maaut dikesan dari sesuatu institusi memandu ini, kita tidak teragak-agak menggantung atau membatalkan permit," katanya ketika sidang media di Akademi Memandu Anda Sdn Bhd di Melor di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, menurut Zailani, Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sama ada menggantung atau membatalkan permit sesebuah institusi memandu dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang tidak berkelayakan.


Katanya, tindakan yang bakal dikenakan itu disifatkan sebagai bentuk pengajaran kepada calon serta institusi memandu agar memberi latihan mengikut modul dengan cara yang betul.


"Bagi permit institut memandu, tindakan boleh diambil mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-kaedah Sekolah Memandu 1992 untuk menggantung dan membatalkan permit bagi yang meIanggar syarat permit.



"Kaedah 28 di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor 1992 pula bagi tindakan menggantung dan membatalkan sijil mengajar pengajar institut memandu jika guru sekolah memandu terbabit meIanggar syarat, tidak berkelayakkan atau terbabit jnayah," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan rekod sedia ada, terdapat kira-kira 10,569 tenaga pengajar SPIM yang sudah disijilkan dan bilangan itu dijangka akan terus meningkat kerana sentiasa mendapat permohonan daripada institut memandu.


Menurutnya lagi, Akademi JPJ menyasarkan 1,500 peserta kursus dari intistitut memandu seluruh negara dan sebagai pembuka tirai, sebanyak 10 siri kursus SPIM dengan pembabitan 253 kursus berjaya dianjurkan.


"Dengan adanya kursus dan latihan yang berterusan seperti ini, dapat membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang akan memberikan kualiti cemerlang seiring hasrat kerajaan bagi melahirkan tenaga pengajar yang kompetitif dan berpengetahuan dalam memberi tunjuk ajar kepada calon memandu," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.