Header Ads

Rakyat gelisah rak telur ayam kosong

 


Pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana sukar mendapatkan telur ayam berikutan stoknya didakwa berkurangan sejak minggu lalu.


Tinjauan di pasar sekitar Tampoi dan Perling di sini, mendapati kedai yang biasanya mempunyai ratusan stok telur dilihat kosong dengan tidak sampai 10 papan telur yang ada.


Malah ramai pengguna dilihat mengeluh dan kecewa apabila telur yang ingin dibeli sudah habis dan terpaksa mencari barang keperluan itu di banyak kedai.


Pengguna, Jamaliah Saat, 58, berkata, sejak dua minggu lalu beliau sukar mendapatkan telur ayam berikutan ia sering kehabisan di pasaran sekitar bandar raya ini.


Jamilah yang juga tukang cuci dan pembuat kuih tradisional secara sambilan berkata, telur ayam bukan sahaja menjadi hidangan utama keluarganya malah diperlukan bagi memenuhi tempahan kuih daripada pelanggan.



"Sudah seminggu lebih saya sukar mendapatkan telur di pasaran sekitar. Selalunya saya beli empat papan telur untuk hidangan keluarga selain tempahan kuih yang dibuat.


"Saya ada bertanya pada penjual telur dan mereka mendakwa tidak banyak stok telur yang dihantar pembekal sejak sebulan lalu namun tiada alasan kenapa stok tidak banyak," katanya ketika ditemui.


Sementara itu, peruncit telur di pasar basah Tampoi, Ong Hechau, 60, berkata, sejak minggu lalu pembekal hanya menghantar tidak sampai 200 papan telur kepada penjual berbanding lebih 1,500 papan sebelum ini.



Katanya, sebelum ini peruncit diberikan stok sebanyak 45,000 biji telur ayam berbanding hanya 6,000 biji, sejak minggu lalu.


"Stok sebanyak 6,000 biji ketika ini memang tak cukup kerana tak sampai beberapa jam sahaja dah habis.


"Ramai pengguna mengeluh terutama pelanggan tetap terutama peniaga makanan, syarikat katering dan pembuat kuih kerana peruncit tidak dapat memenuhi tempahan harian mereka malah pengguna biasa pun sukar dapat beli telur kerana tiada stok," katanya.


Harga ayam dan telur dijangka naik selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat 4 Februari ini.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.