Header Ads

Stroke Hampir Separuh Badan, Ibu Tunggal Cekal Ini Gagahkan Diri Jaja Keropok Di Tepi Jalan Demi Sesuap Nasi

 


Baru-baru ini viral satu video yang telah dikongsikan oleh seorang youtuber, Vitaminbae yang memaparkan kisahnya yang secara tidak sengaja terserempak dengan wanita separuh baya yang sedang duduk di tepi jalan memegang keropok ketika dalam perjalannya balik ke rumah. Ketika dia menghampiri wanita itu, ternyata sebelah lengannya tidak boleh digerakkan kerana terkena stroke.


Bercerita lebih lanjut, wanita ini atau lebih dikenali sebagai Puan Noriah menceritakan bahawa suaminya telah meninggaI dunia dan kini dialah yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga.


Di sisi puan Noriah, kelihatan satu sosok kecil sedang nyenyak tidur beralaskan topi yang dijadikan bantal. Rupanya, kanak-kanak berumur 5 tahun tersebut merupakan anak tunggalnya. Sebak melihat keadaan si kecil tersebut yang hanya tidur di atas simen di tengah terik kerana mahu menemani ibunya mencari rezeki. Dengan memakai tshirt hitam ‘labuh’ yang jelas bukan saiznya, ia adalah gambaran bahawa dua beranak ini bukanlah keluarga yang senang.



Demikian kisah ibu tunggal dan si cilik berbaju hitam yang dikongsikan oleh Youtuber ini :


Ketika melalui jalan ini, dari jauh terlihat seorang ibu menjual keropok di tepi jalan. Bila saya dekati, rupanya dia ditemani anak kecilnya yang sedang lena tidur di atas jalan raya.


Ibu ni jual keropok dan kerepek, semua hanya RM2.00. Dia beli dengan pembekal RM 1.50, dia ambil untung 50 sen. Cukup lak untuk makan katanya.


Ketika saya ingin beli semua jualannya, kelihatan sebelah tangan ibu ni tak boleh digerakkan. Rupanya, tangan kanan si ibu strok sudah hampir setahun. Allahu..


Saya tanya, suami kerja?


“Suami saya sudah meninggaI..”


Allahu..



Berat ujian akak ni.


Akak ni tiada no telefon, kawan² yang melalui jalan Megah Jaya, jika ternampak ibu ni berjualan keropok tepi jalan, belilah dengan niat membantu. Mudah-mudahan dapat meringankan beban kehidupannya.


Terima kasih semua yang terus membantu misi kecil kita. Moga Allah redha.. MasyaAllah, dengan keadaan fizikalnya yang tidak begitu baik, dia masih cekal memerah keringat demi kelangsungan hidupnya serta puteranya.


Alhamdulillah…


Sumber artikel : realmerah

No comments:

Powered by Blogger.