Header Ads

Ajai bagi Iqbal 5 Markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat

 


Seperti yang kita sedia maklum, pentas Big Stage 2022 membuka tirainya secara rasmi pada malam tadi, tiada apa yang mengejutkan kecuali kemunculan usahawan kontroversi , Ahmad Iqbal Zukefli telah menggamatkan suasana malam hujung minggu rakyat Malaysia apabila dia muncul sebagai peserta ke-12 program tersohor itu.

Nama Iqbal, 28, sebelum ini dirahsiakan oleh pihak Astro dan diuar-uarkan sebagai kejutan dan dia akhirnya muncul menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert minggu pertama.

Bagaimanapun, seperti dijangka, persembahan pengenalan Iqbal mendapat komen panas daripada barisan juri.


Malah, juri tetap dan komposer Ajai memberi hanya lima markah dan menganggap nyanyian Iqbal kurang memuaskan.


“Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat.


Sementara itu Datuk Siti Nurhaliza yang juga selaku juri tetap program itu seakan tidak percaya kemunculan Iqbal sebagai peserta tambahan.


Beliau memberi sebanyak 25 markah dan berharap ahli perniagaan itu memberi persembahan lebih baik minggu hadapan.


“Saya harap dia dapat beri kejutan pada minggu akan datang,” komen Siti.


Ia secara tidak langsung menempatkan Iqbal di tangga tercorot dengan markah keseluruhan hanya 18.8 peratus.


Namun penyanyi lagu Hujan ini layak ke minggu hadapan berikutan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama.


Manakala dua peserta lain di kedudukan terbawah adalah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim.


Bagaimanapun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.


Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno menerima markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.


Program nyanyian yang mengetengahkan bakat generasi baharu itu turut disertai oleh Lia Aziz, Tuah Azmi, Ajoi Zainal, Jerung Merah, Elicia Paujin dan Tegar Septian.


Pembukaan minggu pertama dengan tema Game On dimulakan dengan pengenalan Aliff Aziz yang bertindak sebagai Juri Juara.

uri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.


Sementara itu, Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta.


Manakala Datuk Seri Vida pula bertindak sebagai Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.